PERIHAL KAMI

1 comment:

Madrasah 'Ulumul Quran Wal Ahadith said...

Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith (MUQWA) ini telah ditubuhkan pada 23 Julai 2011 yang lalu dan telah memulakan sesi pengajiannya pada 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijri.

Madrasah ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang terzahir 1 fikir dan 1 hati untuk menambahluaskan lagi pilihan untuk pelbagai generasi ummat menuntut ilmu-ilmu berkaitan kehidupan Islam yang dijadikan sebagai Ad-Din.

Selain itu,terbinanya madrasah ini adalah sebagai satu usaha untuk mengembalikan tradisi ummat terdahulu,yang mana,pendedahan ilmu duniawi akan dinikmati hanyasanya apabila anak-anak kecil itu telah dibekalkan dengan secukup-cukupnya segala ilmu yang bisa memantapkan anak-anak terlebih dahulu kepatuhan kepada Al-Khaliq,keterbiasaan dengan amalan-amalan Sunnah Nabi S.A.W. dalam kehidupan seharian.

Pihak Madrasah ini telah mewujudkan 2 bidang pengajiaan iaitu Pengajian Tahfiz dan Pengaajian Ilmu Kitab (Turath) dengan pelajar-pelajar diberi penekanan yang amat untuk terus mempraktikan ilmu yang dipelajari bersesuaian dengan keadaan dan kehendak semasa.

Untuk rangka proses pentarbiahan,pelajar-pelajar di sini didedahkan dengan 6 perkara utama yang ada pada diri Sahabat-Sahabat R.Anhum iaitu :

1. Iman yakin yang betul pada Allah S.W.T
2. Kemantapan dalam mengamalkan Sunnah Nabi S.A.W dalam kehidupan seharian
3. Berilmu
4. Sentiasa mengingati (Zikrullah) Allah setiap masa dan keadaan
5. Niat yang ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan
6. Melaksanakan tugasan dakwah,tabligh,targhib dan tarhib,ta'lim dan ta'lum
dan seumpamanya.

Dan 6 perkara utama itu tadi pula diterapkan dimadrasah dengan pelajar-pelajar dan warga isinya mewijudkan setiap masa suasana 4 dibawah ini :

1. Ta'lim wa Ta'lum
2. Dakwah
3. Ibadat
4. Khidmat

Sesungguhnya memang menjadi hasrat utama pihak madrasah untuk memberikan pendidikan percuma kepada mana-mana anak-anak yang ingin menuntut ilmu di madrasah ini dan usaha ini ironinya telah dicuba selama hampir 7 bulan sebelum madrasah ini diwujudkan secara rasminya.Namun,tidak dapat tidak,hakikat kehidupan moden kini memang amat mencabar untuk melaksanakan impian yang seolah-olah khayalan ini.Tuntutan kos kehidupan mutakhir dilihat amat mencemburui niat yang suci ini.Dengan kos makan harian,upah kakitangan,kos sewa bangunan,bil utiliti dan sebagainya merupakan kewajiban untuk disempurnakan.

Justeru,memang tidak dielakkan,pihak madrasah,dalam keadaan 'terpaksa' mengenakan yuran minima bulanan sebanyak RM 150.00 kepada pelajar-pelajar yang menuntut di sini.Namun tanpa rasa jemu,usaha sedang dan akan terus dijalankan bagi memastikan satu ketika nanti pihak madrasah dapat memberikan pendidikan yang percuma kepada semua kelompok masyarakat yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu di sini.Usaha ini sekaligus dapat membezakan sedikit konsep pendidikan Islam dan Barat disamping dapat pula membantu kelompok yang masih tercicir untuk mendapatkan ilmu Islam yang mahal nilainya ini seperti golongan faqir,miskin,dhu'afa,yatim dan piatu,anak-anak gelandangan,mualaf,anak-anak yang terjebak dalam konflik keluarga dan sebagainya.

Sekian.