اسلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Maha Suci Allah yang telah Menghidup dan Mematikan,Tuhan yang Maha Menguasai lagi Maha Mengasihi,yang Maha Belas lagi Maha Adil.Tidaklah diciptakan oleh Allah itu setiap sesuatu itu adalah sia-sia belaka,melainkan ada manfaat dan mudharat menurut apa yang dikehendaki oleh-Nya selayaknya Dia sahajalah yang hanyasanya layak Memiliki dan Menguasai apa-apa sahaja yang dikehendaki oleh-Nya dan Dia jugalah Tuhan Yang Maha Besar dan tiada sebarang sekutu bagi-Nya.
Sesungguhnya, Muhammad S.A.W. itu adalah utusan-Nya yang benar yang sepatutnya semua makhluk di langit dan di bumi mengucapkan selawat ke atas Baginda dan benarlah keselamatan ummat ini bergantung syafaat daripada Baginda dengan kehendak Allah Tuhan Rabbul 'Alamin.
Dan semoga kesejahteraan dilimpahi ke atas Sahabat-Sahabat R.Anhum yang amat beruntung kerana di dunia lagi Allah Yang Maha Besar limpah kurnia rahmat-Nya telah meredhoi mereka yang selayaknya.Semoga kesejahteraan juga dilimpahi oleh Allah S.W.T ke atas para Tabi'-Tab'in,Salafus Soleh,Wali-Wali Allah,Ulama' 'Amilin,Syuhada wa Solihin dan Para-para Da'ie.......
Sukalah kami membuka ruang bicara dan maklumat ini mengucapkan jutaan penghargaan kepada perekacipta blog ini iaitu Sdr Mohd Zulezee Bin Kamarulzaman,graduan Unisel yang telah banyak memberi masa untuk berkhidmat kepada MUQWA, sesungguhnya,Insya Allah blog ini akan menjadi sebahagian daripada pahala bagi amal beliau.
Kepada pengunjung-pengunjung yang dihormati sekelian,sukalah juga kami daripada pihak madrasah menjelaskan,wadah melalui teknologi moden ini kami akan manfaatkan sebaiknya di dalam usaha bukan sahaja untuk kepentingan pihak madrasah tetapi juga untuk kemashalatan ummat ummumnya.Insya ALLAH,kami membuka ruang mengenai sebarang permasalahan mengenai perkara-perkara masail (hukum-hakam) untuk dibicarakan lantas melihatkan adanya di dalam madrasah ini ulama yang layak untuk membicarakannya iaitu tidak lain dan tidak bukan Al-Fadhil Al-Ustaz Hj.Mansor Bin Adnan selaku Pengasas,Pengerusi dan Mudir Madrasah 'Ulumulquran wal Ahdith ini...(biodata beliau boleh dirujuk di dalam profil)
Selain itu,kami berharap melalui ruang yang ada ini juga,kami dapat memanfaatkan untuk penyebaran sebarang bentuk maklumat dalaman dari Madrasah untuk perhatian umum dan juga sebagai tempat bagi kami mempromosikan madrasah,menjalinkan ukhwah,mendapatkan sumber-sumber maklumat yang bertapis dan Insyaallah sebarang manfaat lain yang bersesuaian dengan kami sebagai sebuah institusi pendidikan agama.
Untuk itu,kami insyaallah sentiasa membuka ruang samada dalam bentuk pandangan idea,cadangan,komen membina,teguran,muzakarah dan dialog.Kami tidak membataskan apa tarekat (fikrah/perjalanan) anda untuk bersama kami kerana apa yang lebih penting daripada perbezaan fikir/fahaman ialah matlamat bagaimana seluruh ummat ini boleh diselamatkan daripada menempuh 'azab di neraka/di akhirat dan dapat menuju ke syurga Allah sebaik-baiknya tanpa dihisab.Kejayaan ini hanya bisa boleh tercapai sekiranya adanya rahmat dan redho daripada Allah S.W.T.
Akhir sekali,kami berharap pengunjung-pengunjung ke blog ini sentiasa di dalam rahmat dan taufik dan hidayat dari Allah S.W.T hendaknya sentiasa.
Amin Ya rabbal 'alamin
ADMIN
Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith
No comments:
Post a Comment