26/06/2012

MISI & VISI MUQWA


MISI

·    Pusat pengajian menghafal Al- Quran.

·    Pusat pengajian ‘Alim.

·   Pusat pengajian ilmu-ilmu Al-Quran dan ‘Alim untuk   
     masyarakat umum.




VISI


“Berjaya dan unggul melahirkan Huffaz dan ‘Ulama ‘Amilin berketrampilan yang akan menjadi asbab tersebarluasnya hidayah untuk mengeluarkan ummat yang dalam kegelapan kepada cahaya hidayah dengan cara Al-Quran dan As-Sunnah dengan sesungguhnya dijadikan budaya dalam kehidupan dan amalan ummat".

OBJEKTIF MUQWA




  1.  Memenuhi tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.
  2. Untuk melahirkan insan-insan Al-Hafiz yang berpengetahuan dan membudayakan kehidupan seharian dengan amalan-amalan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W
  3. Melahirkan insan-insan yang mempunyai akhlaq dan peribadi mirip-mirip seperti akhlaq Nabi S.A.W dan Sahabat-Sahabat R.A. Ajma’in disamping mampu pula untuk menggerakkan saudara Muslim yang lain beramal kepada akhlaq dan budipekerti luhur tersebut.
  4. Untuk melahirkan kelompok Huffaz dan ‘Ulama yang berketrampilan dan berkeupayaan untuk membimbing dan memimpin ummah yang memerlukan panduan.
  5. Membudayakan amalan “sampai dan menyampaikan” kepada komuniti madrasah dalam perkara-perkara iman,ilmu dan amal.
  6. Memadrasahkan setiap rumah-rumah yang berdekatan agar kelak dari setiap rumah-rumah muslimin tersebut mampu mengeluarkan golongan-golongan Hufaz , A’lim Ulama’ dan Da’ei-Da’ei.
  7. Mengembalikan maksud dan fikir dan hakikat sebenar institusi pendidikan Islam diwujudkan iaitu bukan bermatlamatkan mengaut keuntungan duniawi dan terjebak dengan amalan pemerdagangan ilmu-ilmu agama tetapi diwujudkan institusi pendidikan seperti ini  untuk melahirkan seramai-ramainya golongan 'alim ulama yang berkualiti dan ulama yang memberi kesan pada ummat melalui jalan menuntut ilmu melalui jalan 'mujahadah'. 


LEMBAGA JAWATANKUASA MUQWA





Jawatan

Nama
1.

Pengerusi
Ust. Hj. Mansor B. Adnan
2.

Setiausaha
Amran B. Johari
3.
Bendahari
Mohd. Zafri B. Mohd. Rozhi

4.

Ketua Penerangan
Roslan B. Ariffin
5.
AJK
 (Aktiviti)
Mohd. Ayub Khan B. Harun
6.

AJK
(Pengurusan & Pembangunan)
Iskandar Bin Md. Sani
7.

AJK
 (Pengurusan & Pembangunan)
Mustafa B. Soib
8.

AJK
(Informasi & Teknologi, IT)
M. Zulezee B. Kamarulzaman
9.
AJK
(Hal-Ehwal Perhubungan Awam,PR)
Omar Najib Bin Johari
10.

AJK
Wahyudi@Wahid Bin Musa
11.

AJK
Haeirul Haneiff B. Hassan
12.

AJK
Mustafa B. Mohamed






























23/06/2012

Salam Ta'arof dari ADMIN




اسلام عليكم ورحمةالله وبركاته 


Maha Suci Allah yang telah Menghidup dan Mematikan,Tuhan yang Maha Menguasai lagi Maha Mengasihi,yang Maha Belas lagi Maha Adil.Tidaklah diciptakan oleh Allah itu setiap sesuatu itu adalah sia-sia belaka,melainkan ada manfaat dan mudharat menurut apa yang dikehendaki oleh-Nya selayaknya Dia sahajalah yang hanyasanya layak Memiliki dan Menguasai apa-apa sahaja yang dikehendaki oleh-Nya dan Dia jugalah Tuhan Yang Maha Besar dan tiada sebarang sekutu bagi-Nya.

Sesungguhnya, Muhammad S.A.W. itu adalah utusan-Nya yang benar yang sepatutnya semua makhluk di langit dan di bumi mengucapkan selawat ke atas Baginda dan benarlah keselamatan ummat ini bergantung syafaat daripada Baginda dengan kehendak Allah Tuhan Rabbul 'Alamin.

Dan semoga kesejahteraan dilimpahi ke atas Sahabat-Sahabat R.Anhum yang amat beruntung kerana di dunia lagi Allah Yang Maha Besar limpah kurnia rahmat-Nya telah meredhoi mereka yang selayaknya.Semoga kesejahteraan juga dilimpahi oleh Allah S.W.T ke atas para Tabi'-Tab'in,Salafus Soleh,Wali-Wali Allah,Ulama' 'Amilin,Syuhada wa Solihin dan Para-para Da'ie.......

Sukalah kami membuka ruang bicara dan maklumat ini mengucapkan jutaan penghargaan kepada perekacipta blog ini iaitu Sdr Mohd Zulezee Bin Kamarulzaman,graduan Unisel yang telah banyak memberi masa untuk berkhidmat kepada MUQWA, sesungguhnya,Insya Allah blog ini akan menjadi sebahagian daripada pahala bagi amal beliau.

Kepada pengunjung-pengunjung yang dihormati sekelian,sukalah juga kami daripada pihak madrasah menjelaskan,wadah melalui teknologi moden ini kami akan manfaatkan sebaiknya di dalam usaha bukan sahaja untuk kepentingan pihak madrasah tetapi juga untuk kemashalatan ummat ummumnya.Insya ALLAH,kami membuka ruang mengenai sebarang permasalahan mengenai perkara-perkara masail (hukum-hakam) untuk dibicarakan lantas melihatkan adanya di dalam madrasah ini ulama yang layak untuk membicarakannya iaitu tidak lain dan tidak bukan Al-Fadhil Al-Ustaz Hj.Mansor Bin Adnan selaku Pengasas,Pengerusi dan Mudir Madrasah 'Ulumulquran wal Ahdith ini...(biodata beliau boleh dirujuk di dalam profil)

Selain itu,kami berharap melalui ruang yang ada ini juga,kami dapat memanfaatkan untuk penyebaran sebarang bentuk maklumat dalaman dari Madrasah untuk perhatian umum dan juga sebagai tempat bagi kami mempromosikan madrasah,menjalinkan ukhwah,mendapatkan sumber-sumber maklumat yang bertapis dan Insyaallah sebarang manfaat lain yang bersesuaian dengan kami sebagai sebuah institusi pendidikan agama. 

Untuk itu,kami insyaallah sentiasa membuka ruang samada dalam bentuk pandangan idea,cadangan,komen membina,teguran,muzakarah dan dialog.Kami tidak membataskan apa tarekat (fikrah/perjalanan) anda untuk bersama kami kerana apa yang lebih penting daripada perbezaan fikir/fahaman ialah matlamat bagaimana seluruh ummat ini boleh diselamatkan daripada menempuh 'azab di neraka/di akhirat dan dapat menuju ke syurga Allah sebaik-baiknya tanpa dihisab.Kejayaan ini hanya bisa boleh tercapai sekiranya adanya rahmat dan redho daripada Allah S.W.T.

Akhir sekali,kami berharap pengunjung-pengunjung ke blog ini sentiasa di dalam rahmat dan taufik dan hidayat dari Allah S.W.T hendaknya sentiasa.

Amin Ya rabbal 'alamin

ADMIN

Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith